Popular Posts

Sunday, November 28, 2010

lawak lagi..

pak cik dan latip

Latip yang kurang pendengaran ingin meminta nasihat dari kawannyadengan meminta skrip yang sesuai semasa melawat Pakciknya di hospital.Kawannya pun memberikan skrip yang sesuai untuk di hafal oleh beliau.

Skrip asal..

Latip: Apa khabar pakcik?
Pakcik: Sudah semakin sembuh. Dua tiga hari lagi baiklah ni.
Latip: Syukur alhamdulillah.. semoga dipercepatkan hajatnya. Bagaimana makanan di sini?
Pakcik: Boleh tahan juga. Berselera Pakcik makan.
Latip: Bagusss.. Makanan begitu memang sesuai untuk Pakcik. Enak sekali! Bagaimana layanan yang Pakcik terima di sini?
Pakcik: Sungguh berpuas hati. Kerana pakcik dilayan seperti VIP.
Latip: Hebat sekali! Pakcik sungguh beruntung kerana memang pakcik begitu orangnya kalau di luar.

Tiba di hospital..

Latip: Apa khabar pakcik?
Pakcik: Aku terasa seperti mau mati. Lebih baik mati dari sakit seperti ini!
Latip: Syukur alhamdulillah.. semoga dipercepatkan hajatnya. Bagaimana makanan di sini?
Pakcik: Makanan yang aku dapat macam makanan kuda!
Latip: Bagusss.. Makanan begitu memang sesuai untuk Pakcik. Enak sekali! Bagaimana layanan yang Pakcik terima di sini?
Pakcik: Aku dilayan seperti bangkai bernyawa!
Latip: Hebat sekali! Pakcik sungguh beruntung kerana memang pakcik begitu orangnya kalau di luar.

Pakcik terus meninggal selepas bual bicara ini.


sejadah


Seorang ustaz sedang berceramah di sebuah surau,kerana sudah larut malam,ustaz terus berceramah sehingga 2 jam lebih baru selesai.para jemaah masjid mula keluar seorang demi seorang sehingga tinggal seorang yang belum keluar iaitu si Talib.Ustaz itu bertanya kepada Talib"awak ni memang bagus lah Talib,memang awak ni orng yang benar2 beriman,walau sudah habis ceramah sy awak tetap menunggu dan mendengar dengan baik,dibandingkan dengan jemaah2 yang lain."
Talib dengan selamba berkata:"sebenarnya sy memang hendak balik dari tadi lg.tapi ustaz duduk atas sejadah sy sebab itu sy tunggu.

BUDAK SEKOLAH YG PELUPA


Pada satu pagi ada seorang murid yang sangat pelupa (Ajoi) semasa darjah satu,
Bapak Ajoi: Ajoi dah siap nak g sekolah? Jom abah hantar
Ajoi : Dah siap bah, jomla (sambil naik motor abahnya)
Bapak Ajoi: La beg maner?
Ajoi : (Tepuk dahi) Alamak terlupalah bah!
Keesokan harinya


Bapak Ajoi: Ajoi dah siap belum?
Ajoi : Dah bah..jom .. (sambil naik motor abahnya)
Bapak Ajoi : Uniform tak pakai?
Ajoi : (Tepuk dahi) Alamak terlupalah bah!
Keesokan harinya lagi
Ajoi : Bah, jomla hantar Ajoi ke sekolah(sambil mengejut bapanya yang sedang tidur)
Ajoi: Uniform dah pakai, beg dah ada, pencel box dan ada,pensil dah ada, pemadam pun ada nih!
Bapak Ajoi: (Sambil tepuk dahi Ajoi) Hari ni kan hari sabtu, mana ko sekolah!

Alasan Anda Bila Ditahan Oleh Pihak Berkuasa


Situasi : Anda ditahan oleh pihak polis kerana kenderaan anda bergerak melebihi had kelajuan yang ditetapkan 

Polis: Cik! Kenapa pandu laju sangat nie? tak sabar nak jumpe malaikat ke? 

Hanafi: err.. tuan.. nak buat macam mane. dah motor saya ni laju.. kalotanak bagi saya bawak laju, kenapa tetapkan meter ni sampai 160km/j?..skali sy pulas minyak.. meter naik… asal sy pulas je… meter naik… sayatakot rosak meter saya kejap naik, kejap turun.. kejap naik tuan.. kangjahanam meter sy tak pasal kne ganti baru.. tuan nak ganti ke? lagiponminyak motor saya ni penuh.. 

Polis: @#$@#^#%^ 


Situasi: Anda telah melanggar lampu isyarat 

Polis: Aduhaiii.. cik… kenape la pegi redah je… kenapa taknak berhenti?? 

Badri: lo? asal kene berhenti plak?? 

Polis: Kan masa cik redah tadi lampu merah?? 

Badri: Apa kaitan dengan berhenti?? 

Polis: Merah kan tanda berhenti!! 

Badri: Lo??.. kenapa tak tulis berhenti kat lampu merah tu? akuingatkan rosak lampu tu.. kejap merah, kejap kuning, kejap hijau…selagi tak nmpak tanda berhenti… aku redah je la.. 

Polis: wargh!!!!!! 

Situasi: Anda ditahan kerana tidak mempunyai lesen, tapi memandu di jalan raya.. 


Alasan 1: 

Polis: dik.. mintak lesen… 

Hanafi: erk!!.. pehal plak mintak lesen orang nip? 

Polis: saya nak tengok lesen adik… tah ada tah tidak.. 

Hanafi: ehh… sorry sket ye?.. pehal nak tengop lesen owng nip.. sayabayar RM490 taw untuk sebijik lesen ni!! senang-senang je mintak orgpunye.. nak lesen pergi amek sendiri la!! bayar sendiri la!! ingatboleh dapat free ke? berak pon kene bayar!! (lagi best korang terustinggalkan polis tu) 

Polis: jengkreng kongkeng perem peng heng punye bdak.. 


Alasan 2: 

Polis: Dik mintak lesen!! 

Hanafi: hoih!!! pehal ni.. gila ke! tadi saya nak bagi lesen saya katpolis yang duk belakang sana tu… ingat saya ada berapa banyak lesenha?? kalo nak jgak pegi mintak la kat polis belakang sana nun.. dlm 5kilo meter dari sini.. lebih senang tuan buat la lesen sendiri!! apeni… hoihh!!!! 

Polis: Sewel pny budak… 

Situasi: Anda di tahan kerana membuat aksi merbahaya di jalanraya 

Polis: ni sorg agi.. motor tayar 2 bagi kasik 1.. pehal korang angkat tayar depan haa? 

Hanafi: erk… begini tuan.. kitorg bukan merempit.. tadi saya dangeng-geng saya nampak lipas lalu depan motor kitorg.. kalo kitorglanggar, zalim namanya.. semut pun Nabi elak.. ni kan pulak lipas.. apasalahnya kalo kita ikut Nabi.. jadi kitorg angkat la tayar motor kitorgnak bagi penghormatan pada lipas ni.. kasik diorg chan nak idop.. kalodia mati.. sape nak tanggung keluarga dia ni.. 

Polis: aduh!!! kene lagi!! 


Situasi: Anda ditahan kerana anda membonceng, sedangkan anda baru lesen L 

Polis: Dik.. tau tak adik da buat salah ni.. adik baru pegang lesen L.. mane boleh membonceng.. 

Badri: Lesen L untuk sorang je kan? 

Polis: A’ah.. tau pun,… abes kenapa membonceng?? 

Hanafi: dah sekarang saya pegang L, kawan saya badri pon pegang lesenL.. kitorg ada 2 L jadi kitorg boleh naik 2 orang la satu motor.. lagipon depan dan belakang sticker L ada.. 2 Sticker L, dan 2 Pegang lesenL…. Sorry ye tuan… 

Polis: warghh!! kenapa dunia ini begitu kejam!!! 

Situasi: Anda ditahan kerana telah melanggar sebuah Bas di tepi jalan dengan sengaja.. 

Polis: awat hang pi langgaq bas tu? nak mampuih ka? 

Badri: Begini tuan.. saya ni takot sikit dengan lipas.. sewaktu sayasyok memandu tadi.. saya ternampak seekor lipas bermundar-mandir didepan kereta saya, tuan.. takan saya nak turun dari kereta pastu pegibunuh lipas tu.. jadi senang citer, sy langgar la bas tu.. tujuan sayanak bagi lipas tu mati… hehehe 

Polis: hampes!!! hampes!!! 

Situasi: Anda ditahan oleh pihak JPJ kerana anda telah memasang tint gelap pada cermin kenderaan anda (kecuali cermin sisi) 

JPJ: cik tau tak? perbuatan cik ni salah… kat Malaysia tinted gelap xleh pakai.. harram… kalo nak pasang, pegi london la.. 

Hanafi: Begini cik.. minggu lepas, isteri saya yang baru belajar bawakkete telah memandu kereta saya ke tempat kerja nya.. dalam perjalananpulang, isteri saya hilang kawalan lalu menjunam jatuh ke dalamlongkang… dengan izin Allah, isteri saya dapat diselamat kan.. 

JPJ: hoh???… 


Situasi: Anda ditahan pihak polis kerana kenderaan anda tidak mempunyai cermin sisi 

Polis: Dik!! mana cermin sisi motor ni? bukan ke mase adik beli motor ni cermin sisi ada lagi? 

Hanafi: erk… pembetulan,… motor ni bukan saya beli.. ayah saya ek?? sorry sket. 

Polis: Lantak la.. mana perginya cermin sisi ni?? 

Hanafi: Pagi tadi, kucing saya telah melanggar cermin yang ada kat umahkami.. jatuh berkecai la cermin tu.. kebetulan masa tu kakak dan maksaya nak pergi kerja.. jadi diorg kene la besolek dlu… jadi sayaterpaksa la cabot cermin sisi saya tu.. 

Polis: takkan sampai kedua-dua cermin awak cabot. 

Hanafi: Ye la.. kakak saya satu.. mak saya satu… diorg make-up berjam-jam.. jadik xleh share,, 

Polis: (sambil menghentak kepala otaknya kat kereta peronda) warghh… tensionn.. tension.. *dush*.. *dush*… 


Situasi: Anda diminta ke balai kerana ditangkap memandu dalam keadaan mabuk… 

Polis: Encik… jom ikot saya ke balai.. 

Hanafi: ape ni? buat ape kat sana? situ tempat korang la.. korang punyakandang.. pehal ajak aku kat sana plak?.. aku ada umah la woi.. akubeli mahal umah tu.. tanak la duk kat balai korang tu.. da la busuk..muke korang kat sane sume keras macam batu.. tak senyum langsung..tanak la.. ajak la orang lain !! 

Polis: Warghh… tension la aku jadik polis… 


Situasi: Seorang polis trafik meninggal dunia akibat dilanggar oleh seseorang.. dan anda telah disyakki… 

Polis: Kenapa hang pi langgar [url=]member[/url] aku tu? buang tebiat dah ke? 

Badri: takde la.. dah dia duk terlambai-lambai kat aku.. aku ingatkandia suke kat aku.. masalah skang ni.. aku bukan gay.. kalo aku gay akulayan la mamat duk tengah jalan tu.. dah macam orang giler… aku takotdia rogol aku.. jadik aku langgar dia dlu seblum dia rogol aku.. 

Polis: tak pupus lagi manusia macm ko ni ek???


Si Tanggang Versi Jepun



Kisah Benar (seperti yang diceritakan sendiri kepada
mr.FADziL)

Tulisan di bawah adalah pengalaman sebenar tetapi
telah diolah semula oleh mr.FADziL(pakden@gmail. com)
supaya memberi lebih impak dan pedoman untuk para
pembaca budiman sekalian.

Assalamualaikum. Nama saya Mohd Azman(bukan nama
sebenar) dan saya sekarang sedang menuntut di salah
sebuah universiti di negara matahari terbit,Jepun.
Saya ingin berkongsi pengalaman saya dengan pembaca
budiman sekalian dan diharap kisah ini dapat dijadikan
iktibar pada masa hadapan.

Kisah ini berlaku di depan mata saya sendiri
menyebabkan saya berasa insaf.Ada seorang budak Jepun
bernama Tatsuo-kun(bukan nama sebenar) dan tinggal
bersama-sama emaknya Maciko-san(juga bukan nama
sebenar) di daerah Yamanashi.Dua beranak ini hanya
tinggal berdua sahaja kerana bapa Tatsuo-kun telah
meninggal dalam satu kemalangan jalanraya.Kerana
keluarga ini hanya tinggal berdua saja maka hubungan
di antara Tatsuo-kun dan ibunya Maciko-san amatlah
rapat sekali.Apa yang dihajati Tatsuo-kun akan cuba
dipenuhi oleh ibunya dan Tatsuo-kun pula membesar
menjadi remaja yang bijak lalu membolehkan dia
mendapat biasiswa dan memasuki Meiji
University(sekadar rekaan penulis).

Ketika ini perangai Tatsuo-kun mula berubah dan selalu
tidak menelefon atau pulang ke rumah ketika cuti
meninggalkan emaknya kesunyian di rumah.Hendak
dipendekkan cerita,Maciko- san telah mengambil
keputusan untuk datang ke Tokyo untuk berjumpa dengan
anak kesayangannya. Ketika itulah satu perkara yang
menginsafkan saya berlaku.Ia terjadi DI DEPAN MATA
saya sendiri(En.Mohd Azman mula terisak-isak menahan
tangis).Tatsuo- kun baru saja keluar dari pintu
universiti bersama rakan-rakannya ketika ibunya tiba
dan memanggil namanya.Melihat keadaan ibunya yang
berpakaian kampung membuatkan Tatsuo-kun berasa malu
dengan rakan-rakannya yang rata-rata anak orang
berada.Tatsuo- kun dengan muka yang berang mendekati
emaknya dan berkata(telah di ubah maksudnya ke dalam
bahasa melayu),"Makcik ni silap orang la..".Saya
berasa sedih dan terkejut ketika itu melihat
Maciko-san dilayan sebegitu tetapi masih mampu
mengawal air mata.Maciko- san memegang tangan anaknya
dan merayu supaya anaknya tidak bercakap begitu tetapi
Tatsuo-kun yang didorong perasaan malunya telah
menolak emaknya ke arah jalan raya dan dilanggar
kereta. Saya berasa sungguh sedih dan cuba untuk
menolong tetapi apakan daya kerana ianya berlaku di
dalam televisyen rumah saya.Lantas saya mengambil
remote controller dan menukar ke siaran yang lain.

Diharap para pembaca tidak berasa marah dan tertipu
dengan kisah En.Mohd Azman tadi kerana penulis telah
pun memukulnya sehingga muntah darah kerana membuat
lawak dengan muka serius.

No comments:

Post a Comment