Popular Posts

Monday, November 29, 2010

Kisah disebalik ayat seribu dinar

Assalamualaikum wbt semua,
Hari ini saya kongsi cerita mengenai ayat seribu dinar. Ramai di antara kita yang sudah beramal dengan ayat seribu dinar, setengahnya, beli hiasan dinding dengan ayat seribu dinar. Tapi tahu tidak kita, bagaimana ayat dari surah at-Talaq (2-3) ini mendapat gelaran ayat seribu dinar?
Al-kisah cerita bermula dengan sebuah kapal yang berlayar di tengah samudera, tiba2 satu hari ditahan oleh seorang pemuda. Penghuni di atas kapal semuanya hairan, dari mana munculnya pemuda tersebut sedangkan mereka berada di tengah2 lautan.
Selepas pemuda tersebut naik ke atas kapal tersebut, dia pun bertanya, “Ada tak sesiapa yang ingin tahu cara untuk mendapatkan harta yang tidak disangka2?” Maka berebut2lah orang di atas kapal itu hendak belajar dari pemuda tersebut. Pemuda itu pun menyambung semula, “Bagi sesiapa yang mahu tahu caranya, hendaklah menyediakan bayaran sebanyak seribu dinar.” (seribu dinar ini kira mahallah, uwang emas). Maka ramailah yang tarik diri.. kecuali seorang pemuda.
Beliau sanggup membayar kepada pemuda yang baru naik ke atas kapal itu dengan bayaran seribu dinar bagi mengetahui cara2 untuk mendapatkan harta yang tidak di sangka2. Maka pemuda yang membayar seribu dinar ini pun diajar supaya mengamalkan surah At-talaq, dari penghujung ayat kedua sehingga habis ayat ke tiga. Selepas mengajar ayat tersebut, pemuda yang mengajar tu pun hilang dari penglihatan.
Semua orang merasa heran. Pemuda yang diajar ayat tadi pun beramallah dengan ayat tersebut sepanjang perjalanan mereka di tengah lautan.
Pada suatu ketika di dalam perlayaran tersebut, berlaku ribut-taufan yang sangat dahsyat, sehingga menyebabkan kapal tersebut tenggelam. Maka matilah semua penumpang kapal tersebut kecuali pemuda yang beramal dengan ayat tersebut.
Beliau terdampar di sebuah pulau.
Sedang beliau berjalan2 mencari tempat berteduh, pemuda tadi berjumpa sebuah gua. Di dalam gua tersebut beliau bertemu dengan seorang gadis yang sangat cantik. Di samping gadis tersebut terdapat harta yang sangat banyak. Pemuda tadi pun bertanya kepada gadis tersebut, siapakah dia dan milik siapa harta yang banyak itu. Maka gadis tersebut menceritakan bahawa beliau telah diculek oleh jin yang ingin menjadikan gadis itu isterinya. Gadis tersebut ditawarkan harta yang banyak, bagi memujuk beliau bersetuju dengan perkahwinan tersebut.
Pemuda tersebut berkata kepada gadis tersebut, bahawa dia akan menyelamatkan gadis tersebut dari jin yang jahat itu. Gadis itu pun memberitahu pemuda tersebut yang jin itu akan datang bertanya dua kali sehari, sekali di waktu pagi dan sekali di waktu petang.
Pada petang hari tersebut jin pun datang bertanya kepada gadis tersebut sama ada dia bersetuju untuk menjadi isteri jin tersebut atau tidak. Sebelum sempat dijawab oleh gadis tersebut, pemuda tadi pun keluar dari tempat persembunyian sambil menyuruh jin supaya melepaskan gadis itu. Jin tersebut sangat marah tetapi pemuda itu tidak berasa takut. Malah dia berkata kepada jin tersebut yang dia ingin berlawan dengannya. Pemuda tersebut mencadangkan kepada jin sekiranya dia kalah, gadis itu akan berkahwin dengan jin tersebut dan sekiranya dia menang, dia akan dapat harta yang banyak tadi beserta dengan gadis tersebut.
Mendengarkan ini, jin tersebut sangat suka karena dia pasti dapat mengalahkan pemuda tersebut, maka dia pun bersetuju.
Maka berlawanlah jin dan pemuda tersebut, dengan berkat amalan ayat di atas, maka jin itu pun dapat dikalahkan. Maka jin itu pun terpaksa menyerahkan harta yang banyak dan gadis itu kepada pemuda tadi.
Selang beberapa hari, ada sebuah kapal layar singgah di pulau tersebut. Maka pemuda dan gadis itu pun menumpang pulang ke negeri asalnya beserta harta jin tadi. Maka berkahwinlah ini, mendapat harta yang tidak disangka2, iaitu, terselamat dari kapal tenggelam, dapat mengalahkan jin tadi, mendapat harta dan gadis tadi. Sebab itulah ramai orang kata, bagus diamalkan ayat seribu dinar ini sekiranya mahu rezeki yang tidak disangka-sangka.
Wallahua’lam.

No comments:

Post a Comment