Popular Posts

Sunday, December 12, 2010

Petua Memperoleh ZURIAT



AMALAN PERTAMA

1. Selepas Fajar ataupun solat Subuh
  • Baca Bismillah 1 kali
  • Kemudian selawat ke atas Rasulullah s.a.w. 3 kali
  • Setelah itu, sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
  • Dalam sujud tersebut, mohonlah kepada Allah SWT apa yang kita hajatkan. Contohnya:"Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba-Mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat."
  • Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali
2. Suami dan isteri digalakkan mengamalkan cara ini selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil. Jangan cepat putus asa kerana Allah SWT tidak suka terhadap hamba-Nya yang suka berputus asa.


AMALAN KEDUA
1. Suami hendaklah membaca "Ya Mutakabbir" (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.

2. Isteri hendaklah membawa "Ya Awwal" (Yang Tiada Permulaan ada-Nya) 333 kali setiap hari.

3. Setiap hari, isteri juga hendaklah membaca "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11 kali, kemudian tiup di dalam air dan minum air tersebut.

4. Suami isteri hendaklah membaca Surah Yusuf, Surah Maryam setiap hari.

Amalkanlah dengan penuh keyakinan agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang soleh dan solehah serta mendapat rahmat daripada-Nya. 



AMALAN KETIGA:



1.Selama 3 bulan amalkan meminum air suam bercampur madu asli(warna hitam)setiap awal pagi – untuk suami



2.Buat senaman batin setiap kali bangun tidur diwaktu pagi- untuk suami



3.Amalkan bersedekah setiap hari Jumaat apabila pergi ke masjidl



4.Doa Nabi Zakaria



5.Baca Surah AlWaqiah selepas subuh



6.Selepas Maghrib amalkan baca surah AlMulk (kekuasaan Allah).



7.Banyak bersedekah kepada bayi-bayi yang baru lahir.





1 comment:

  1. The casino's top-rated players - Dr.MCD
    What are the casino's top-rated players? and most 구리 출장샵 often the 부천 출장안마 casino is rated as a good choice 남원 출장샵 for 통영 출장샵 new players. A good 서산 출장마사지

    ReplyDelete